Sony Xperia X Performance - Mencerminkan skrin peranti anda secara wayarles di TV

background image

Mencerminkan skrin peranti anda secara wayarles di TV

Anda boleh menggunakan ciri Pencerminan skrin untuk memaparkan skrin peranti anda

di TV atau paparan besar yang lain tanpa menggunakan sambungan kabel. Teknologi

Wi-Fi Direct™ membuat sambungan wayarles antara kedua-dua peranti itu, jadi anda

boleh bersantai sambil menikmati tontonan foto kegemaran anda dengan selesa dari

sofa anda. Anda juga boleh menggunakan ciri ini untuk mendengar muzik daripada

peranti anda melalui pembesar suara TV.

Semasa menggunakan pencerminan skrin, kualiti imej kadang kala mengalami impak negatif

jika terdapat gangguan daripada rangkaian Wi-Fi lain.

Untuk mencerminkan skrin peranti anda di skrin TV

1

TV: Ikut arahan dalam Panduan pengguna untuk TV anda bagi menghidupkan

fungsi pencerminan skrin.

2

Peranti anda: Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > Pencerminan skrin.

4

Ketik

Mula.

5

Ketik

OK dan pilih peranti.

TV anda perlu menyokong pencerminan skrin berdasarkan Wi-Fi CERTIFIED Miracast

untuk

dapat berfungsi. Jika TV anda tidak menyokong pencerminan skrin, anda mungkin perlu

membeli penyesuai paparan wayarles secara berasingan. Apabila menggunakan pencerminan

skrin, jangan tutup kawasan antena Wi-Fi peranti anda.

Untuk menghentikan pencerminan skrin antara peranti

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > Pencerminan skrin.

3

Ketik

Putuskan samb., kemudian ketik OK.