Memajukan panggilan
Anda boleh halakan panggilan ke penerima berlainan, seperti nombor telefon lain, peranti
lain, atau perkhidmatan menjawab panggilan. Anda juga boleh memajukan panggilan
yang masuk pada kad SIM 1 ke kad SIM 2 semasa kad SIM 1 tidak dapat dihubungi dan
sebaliknya. Fungsi ini dipanggil kebolehcapaian Dwi SIM. Anda mesti mendayakannya
secara manual.
Untuk memajukan panggilan
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik
Pemajuan panggilan > Suara dan buat pilihan.
5
Masukkan nombor yang ingin anda majukan panggilan, kemudian ketik
Hidupkan.
Untuk mematikan pemajuan panggilan
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik
Pemajuan panggilan.
5
Buat pilihan, kemudian ketik
Matikan.
Untuk mendayakan fungsi kebolehcapaian DWI SIM
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Dwi SIM > Kebolehhubungan Dwi SIM.
3
Di bawah
Kebolehhubungan Dwi SIM, ketik penggelangsar untuk mendayakan
fungsi tersebut.
4
Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan prosedur.
Jika fungsi kebolehcapaian Dwi SIM tidak berfungsi selepas anda mendayakannya, pastikan
anda telah memasukkan nombor telefon dengan betul untuk setiap kad SIM. Dalam
sesetengah kes, nombor dikesan secara automatik semasa membuat persediaan. Jika tidak,
anda diminta memasukkannya secara manual.