Menjalankan ujian diagnostik pada peranti anda
Aplikasi Xperia™ Diagnostics boleh menguji fungsi khusus atau menjalankan ujian
diagnostik penuh untuk memeriksa sama ada peranti Xperia™ anda berfungsi dengan
betul.
Xperia™ Diagnostics boleh:
•
Menilai potensi isu perkakasan atau perisian pada peranti Xperia™ anda.
•
Menganalisis sejauh mana aplikasi boleh berfungsi dengan baik pada peranti anda.
•
Mengelog bilangan panggilan yang terputus sepanjang 10 hari yang lalu.
•
Mengenal pasti perisian yang dipasangkan dan memberikan butiran yang berguna
tentang peranti anda.
Aplikasi Xperia™ Diagnostics diprapasang pada kebanyakan peranti Android™ daripada
Sony. Jika pilihan Diagnostik tidak tersedia di bawah
Tetapan > Mengenai telefon atau
daripada menu
ALATAN dalam aplikasi Sokongan, anda boleh memuat turun versi ringkas
menggunakan aplikasi Play Store™.